Home : Digicert @ News     Digicert Kini Sedia Beroperasi
     
Digicert Kini Sedia Beroperasi
 
http://www.utusan.com.my
Updated: July 11, 1999

________________________________________________________________________________________________________________

 

Digicert Sdn. Bhd. menyatakan kesediaannya untuk memulakan perniagaan sebagai pihak berkuasa pensijilan (CA) berlesen pertama Malaysia untuk mengesahkan dan mengeluarkan sijil digital kepada pengguna Internet.

Pengerusinya, Tan Sri Zainol Mahmood berkata, Digicert akan melantik Pos Malaysia Berhad dan MIMOS Berhad sebagai pihak berkuasa pendaftaran (RA) untuk menyediakan sijil itu bagi pembelian di kaunternya.

Digicert adalah usaha sama antara Pos Malaysia Bhd (40 peratus) dengan MIMOS Bhd (60 peratus).

CA adalah pihak berkuasa yang akan mengesah dan mengenal pasti pengenalan diri seseorang individu atau pertubuhan yang mengendalikan urus niaga elektronik dalam persekitaran rangkaian multimedia.

Zainol, yang juga Pengerusi Eksekutif Pos Malaysia memberitahu, sijil itu boleh dibeli di Pejabat Pos Besar, Dayabumi dan pejabat MIMOS di Taman Teknologi sebelum akhir bulan ini.

"Menjelang akhir 1999, 14 pejabat pos besar di bandar-bandar utama akan berfungsi sebagai RA dan menawar jualan sijil di kaunter,'' katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Digicert, Noor Azli Othman pula berkata, syarikat itu memperolehi lesen operasi pada 25 Jun lepas dan menjangkakan untuk mengeluarkan antara 48,000 hingga 50,000 sijil, tahun iDIGISIGN™ni.

Digicert menawarkan keselamatan bagi Internet menerusi empat daripada produknya, iaitu, DIGISIGN™ ID (RM15 seorang), DIGISIGN™ ID Basic (RM30), DIGISIGN™ ID Enhanced (RM75) dan DIGISIGN™ Server ID (RM250).

DIGISIGN™ ID adalah sijil digital yang membolehkan pengguna e-mel berkomunikasi lebih meyakinkan dalam Internet dan membantu penerima e-mel mengesahkan kesahihan alamat e-mel dan mengekalkan kewibawaan pesanan.

DIGISIGN™ ID boleh diperolehi menerusi Internet pada URL http://www.digicert.com.my dan pembayaran boleh dibuat menerusi kad kredit dan wang pos.

DIGISIGN™ ID Basic dan Enhanced adalah sijil digital yang membolehkan seseorang penerima mengesahkan dengan tepat identiti penghantar, dengan jaminan kewibawaan pesanan berkekalan dan menghalang penghantar daripada menolak semula pesanan.

Sijil Digisign Server ID adalah satu perkakasan penting untuk melindungi pelayan Web dalam sesebuah organisasi kerana ia memastikan maklumat sulit pengguna selamat apabila mereka memberikan maklumat seumpama itu dalam Internet.

Selain itu, data yang dihantar ketika sebarang urusan tidak boleh diubah tanpa dikesan.


 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Previous  |  Next