Home : Digicert @ News     LHDN Ingatkan Tarikh Tutup Serah Borang Cukai Pendapatan Pada 30 April
     
LHDN Ingatkan Tarikh Tutup Serah Borang Cukai Pendapatan Pada 30 April
 
http://www.bernama.com.my
Updated: April 20, 2005

________________________________________________________________________________________________________________

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekali lagi mengingatkan bahawa tarikh akhir pengembalian Borang BE untuk tahun taksiran 2004 bagi pembayar cukai pendapatan selain dari perniagaan ialah pada 30 April ini.

Dalam satu kenyataannya hari Rabu, ia memberitahu bahawa borang yang telah lengkap diisi dan dikira cukai perlu dikembalikan ke Pusat Pemprosesan LHDN di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Menurutnya LHDN turut memperkenalkan aplikasi e-filing bagi memudahkan pembayar cukai individu mengembalikan Borang BE masing-masing secara `on-line'.

Keperluan minimum untuk menggunakan kemudahan itu ialah komputer Pentium III 455 MHz, perisian Microsoft Excel 2000 ke atas, sambungan Internet, capaian laman web LHDN www.hasil.org.my, MyKad dengan cip 64K atau kad iVEST yang menggunakan sijil digital, pembaca kad (card reader) dan perisian untuk membaca kad tandatangan digital.

LHDN berkata hanya Digicert Sdn Bhd dan MSC Trustgate.com Sdn Bhd diiktiraf kerajaan untuk mengeluarkan sijil digital yang sah.


 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Previous  |  Next